top of page

geodetik

prestasi

mensejahterakan rakyat melalui maklumat geospatial

Prestasi Penyediaan Jadual Ramalan Air Pasang Surut

JUPEM menerbitkan buku jadual ramalan air pasang surut bagi kegunaan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, pihak swasta, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta orang awam mengikut peranan dan kegunaan masing-masing. Maklumat ramalan air pasang surut ini digunakan bagi pelbagai tujuan seperti pengurusan dan perancangan berkaitan bencana banjir. kajian saintifik serta aktiviti harian seperti rekreasi marin.

23

Set

Pencapaian : 100%

Prestasi Operasi dan Pemprosesan Data Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS)

187

Tanda Aras

Pencapaian : 100%

JUPEM mengoperasikan 21 buah stesen tolok air pasang surut di seluruh negara. Stesen ini mencerap dan merekod maklumat air pasang surut secara berterusan 24/7. Maklumat cerapan ini digunakan untuk mendapatkan nilai aras purata laut (MSL) yang akan digunakan sebagai datum tegak yang jitu dan seterusnya akan dijadikan sebagai rujukan asas bagi kerja-kerja pengukuran aras.

372

Set

12 Set Setiap Stesen

Prestasi Penyediaan
Data Rukyah Hilal

Secara keseluruhannya, terdapat 31 buah stesen cerapan rukyah rukyah hilal yang telah diwartakan di Malaysia. JUPEM berperanan menjana dan menghasilkan data-data rukyah hilal bagi kegunaan JAKIM, Jabatan Mufti Negeri dan JUPEM Negeri untuk tujuan penentuan bulan-bulan Islam terutama 3 bulan utama (Ramadan, Syawal dan Zulhijjah). Data rukyah juga digunakan untuk penetapan takwim hijriah.  

kompleks-baitul-hilal-port-dickson-1.jpg
Geodetik Background only.png

9 KALI CERAPAN SETAHUN

​

Baitul Hilal Telok Kemang,

Port Dickson, Negeri Sembilan

Prestasi Cerapan Kajian Semula Kriteria Imkanur-Rukyah

JUPEM telah telibat sama dengan beberapa pihak terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Malaya (UM) bagi membuat kajian berkaitan kriteria imkanur-rukyah yang digunakan sekarang. Kajian ini meliputi aktiviti cerapan, dokumentasi dan semakan semula data-data. 

Prestasi Penyediaan Jadual Waktu Solat

JUPEM bertanggungjawab menyediakan data bagi penyediaan jadual waktu solat seluruh Malaysia. Sebanyak 58 zon waktu solat telah terlibat yang mana telah diputuskan oleh pihak berkuasa agama di setiap negeri masing-masing. Secara keseluruhan sebanyak 696 set jadual waktu solat tahun 2023 telah disediakan dan disemak pada 2022.

696

Set

Pencapaian : 100%

JUPEM telah menjalankan cerapan graviti terrestrial di beberapa lokasi yang dikenalpasti. Maklumat daripada cerapan graviti ini digunakan untuk memproses dan menghitung model geoid yang lebih jitu.

Prestasi Cerapan, Pemprosesan dan Pendokumentasian Maklumat Graviti

100

Stesen Cerapan

Pencapaian : 100%

1.6

Terabait

Pencapaian : 97%

116

Pengguna

Kategori : Luaran

Prestasi Penyelenggaraan dan Semakan Koordinat Pilar Kalibrasi GNSS

Aktiviti penyelenggaraan dan semakan koordinat pilar kalibrasi GNSS dilakukan di 14 lokasi/tapak di seluruh negara sepanjang tahun 2022. Aktiviti kalibrasi ini dilakukan bagi menghasilkan koordinat piawai pilar yang dijadikan rujukan kepada juruukur untuk menjalankan ujian kalibrasi ke atas peralatan cerapan GNSS yang digunakan

bottom of page