top of page

kadaster

prestasi

mensejahterakan rakyat melalui maklumat geospatial

Pengurusan dan operasi pengukuran pelan hakmilik tanah dan perwartaan

Aktiviti kadaster merangkumi ukuran yang dijalankan di JUPEM Negeri bagi tujuan pengeluaran suratan hakmilik, pelan warta dan pelan pelbagai. Secara keseluruhannya, pencapaian aktiviti kadaster diterjemahkan dalam paparan maklumat berikut:

Prestasi Pengemaskinian Pangkalan Data Kadaster Digital Kebangsaan (NDCDB)

Pangkalan Data Kadaster Digital Kebangsaan (National Digital Cadastral Database) atau lebih dikenali sebagai NDCDB merupakan pangkalan data digital kadaster bersepadu yang dibangunkan oleh JUPEM bagi mentransformasikan perkhidmatan pengukuran dan dokumentasi pengukuran hakmilik tanah seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Pangkalan data ini sentiasa menjadi rujukan banyak pihak seperti Jabatan kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi luar. Sehubungan itu, pangkalan data ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat yang tersedia daripada Pangkalan Data Kadaster Digital Kebangsaan (NDCDB) adalah yang terkini. Pencapaian keseluruhan pengemaskinian NDCDB adalah seperti paparan maklumat grafik berikut:

Prestasi Pengurusan dan Operasi Semakan dan Pendokumentasian Pelan Hakmilik Strata

Pembangunan sesebuah negeri turut dipacu oleh pembangunan strata. Pemilikan sebegini memerlukan pihak pengurusan yang dilantik bagi membantu menguruskan premis supaya teratur. Justeru, bagi membolehkan pengurusan strata di sesuatu lokasi itu dijayakan, pemilikan strata perlu diperolehi. Maklumat aktiviti strata di bawah seksyen strata, stratum dan marin yang melibatkan strata peringkat I dan strata peringkat II adalah seperti paparan maklumat grafik berikut:

Prestasi Pengurusan dan Kutipan Hasil Kaunter Khidmat Pelanggan

Kaunter khidmat pelanggan JUPEM adalah barisan hadapan Jabatan dalam berurusan dengan pelanggan yang memerlukan pelbagai produk serta perkhidmatan yang difikirkan perlu. Melalui perkhidmatan kaunter, banyak transaksi jualan telah dilakukan melibatkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

STRATA_edited.png
Blue Background

Jumlah Hasil Kutipan Kaunter

Khidmat Pelanggan JUPEM Negeri Bagi Tahun 2022

RM 20,382, 632

bottom of page