top of page
korporat
maklumat
mensejahterakan rakyat melalui maklumat geospatial
-
Sejarah Penubuhan JUPEMJabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai JUPEM merupakan salah satu agensi tunjak dalam bidang ukur, pemetaan dan geospatial yang diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Memiliki sejarah penubuhan yang panjang, aktiviti pengukuran dan pemetaan JUPEM bermula semenjak tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada sebuah organisasi yang dikenali pada hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM) dengan mandat mengendalikan kerja-kerja ukur, pemetaan, topografi dan geodetik. Penubuhan jabatan diteruskan dengan penubuhan JUPEM Sabah pada tahun 1983, JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984, JUPEM Sarawak pada tahun 1989 dan diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995. JUPEM bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur, pemetaan dan geospatial di samping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan negara. Sejak penubuhannya, JUPEM telah merencanakan pelbagai pembaharuan serta pemodenan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.Bermula daripada penggunaan peralatan dan kaedah konvensional sehinggalah kepada aplikasi satelit dan pesawat tanpa pemandu (UAS), JUPEM sentiasa menambahbaik kualiti produk dan perkhidmatan seiring dengan perkembangan teknologi terkini dalam bidang ukur, pemetaan dan geospatial. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang juga bertindak selaku Pengarah Pemetaan Negara dan Pengarah Pemetaan Tentera serta dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II. Struktur organisasi JUPEM telah dibahagikan kepada enam bahagian utama sebagaimana berikut: 1. Bahagian Kadaster; 2. Bahagian Pemetaan; 3. Bahagian Ehwal Persempadanan; 4. Bahagian Ukur Geodetik; 5. Bahagian Geospatial Pertahanan; dan 6. Bahagian Khidmat Pengurusan.
-
Visi dan MisiVISI Menjadikan JUPEM terbilang dalam perkhidmatan dan pengurusan ukur, pemetaan dan geospatial bagi memenuhi wawasan negara. MISI Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan ukur, pemetaan dan geospatial yang berkualiti melalui sistem terbaik, sumber manusia yang kompeten dan persekitaran kerja yang kondusif.
-
ObjektifOBJEKTIF JUPEM Pertama Memastikan produk dan perkhidmatan ukur kadaster, pemetaan dan geodetik menepati sistem kualiti serta memenuhi keperluan pelanggan. Ke-2 Memastikan pewujudan dan penyelenggaraan Pangkalan Data Ukur Kadaster dan Pemetaan yang kemaskini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan infrastruktur data geospatial negara. Ke-3 Menjadikan JUPEM pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan, geodetik, pemetaan utiliti bawah tanah dan maklumat geospatial. Ke-4 Memastikan penentuan, penandaan dan pengukuran sempadan negeri dan antarabangsa memenuhi keperluan pentadbiran negeri serta menjamin kedaulatan negara. Ke-5 Memastikan perkhidmatan geospatial pertahanan yang berkualiti dan bersepadu dalam mendokong infrastruktur pertahanan dan keselamatan negara.
-
FungsiFUNGSI JUPEM Pertama Menasihati kerajaan dalam bidang ukur kadaster, pemetaan dan geospatial serta persempadanan negeri dan antarabangsa. Ke-2 Menyediakan maklumat ukur kadaster secara lengkap dan kekal untuk tujuan pengeluaran hakmilik tanah, strata dan stratum. Ke-3 Menguruskan pangkalan data ukur kadaster dan pemetaan dengan efisien. Ke-4 Menerbitkan peta-peta topografi, kadaster, tematik dan utiliti bawah tanah untuk tujuan perancangan, pengurusan sumber asli, pemuliharaan alam sekitar, pembangunan, pemantauan dan keselamatan. Ke-5 Menyediakan insfrastruktur geodetik bagi ukuran kadaster, pemetaan, kejuruteraan dan kajian saintifik. Ke-6 Menyediakan khidmat geospatial pertahanan secara menyeluruh dan bersepadu untuk tujuan pertahanan dan keselamatan. Ke-7 Menerbitkan produk falak dan astronomi termasuk jadual-jadual arah kiblat, waktu solat, data rukyah hilal, takwim hijriah dan maklumat gerhana serta almanak falak syarie.
-
Piagam PelangganPIAGAM PELANGGAN JUPEM Pertama Menyiapkan kerja ukur kadaster sehingga penyediaan Pelan Akui dalam tempoh tidak melebihi 180 hari dari tarikh penerimaan Permohonan Ukur yang lengkap dan teratur. Ke-2 Memastikan penyemakan ke atas kerja-kerja Juruukur Tanah Berlesen (JTB) disiapkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penyerahan dokumen yang lengkap dan teratur. Ke-3 Memproses Pelan Strata dalam tempoh 30 hari dan Pelan Akui Strata dalam tempoh 50 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan teratur. Ke-4 Memastikan pengeluaran nombor-nombor lot dilakukan dalam tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari dari tarikh permohonan yang lengkap dan teratur daripada Juruukur Tanah Berlesen. Ke-5 Menyedia serta membekalkan data-data ukur untuk penyediaan suratan hak milik ke Pejabat Tanah/ Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dalam tempoh tujuh (7) hari dari penerimaan permohonan yang sempurna dan teratur. Ke-6 Memastikan dokumen geospatial terperingkat dibekalkan dalam masa dua (2) hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan. Ke-7 Memastikan data pasca proses MyRTKnet dapat diurus dan dibekalkan dalam masa empat (4) jam. Ke-8 Memastikan sebarang permohonan pembelian maklumat geodetik tidak terhad dapat diurus dan dibekalkan dalam masa satu (1) hari. Ke-9 Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan transformasi koordinat, penukaran koordinat, unjuran peta dan interpolasi geoid dapat diurus dan dibekalkan dalam masa satu (1) hari. Ke-10 Memastikan sebarang permohonan perkhidmatan / pembelian bagi setiap salinan data ukur / peta tidak terhad di kaunter JUPEM dapat diuruskan dalam masa satu (1) jam. Ke-11 Memastikan data-data ukur dapat diakses dan diperolehi melalui e-commerce pada bila-bila masa. Ke-12 Membuat pembayaran bil dan invois tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan lengkap diterima. Ke-13 Mengeluarkan akuan penerimaan dan maklumbalas awal bagi aduan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
-
Kod EtikaKOD ETIKAN JUPEM Pertama Amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ke-2 Sentiasa sabar, tenang dan cekal dalam semua situasi. Ke-3 Benar, tulus dan ikhlas dalam menjalankan sebarang urusan. Ke-4 Berdisiplin dan berhemah tinggi. Ke-5 Yakin, tepat, adil dan konsisten dalam membuat sebarang keputusan. Ke-6 Sentiasa mengamalkan ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akuantabiliti. Ke-7 Menjalinkan semangat kerjasama, muhibbah dan kasih sayang pada semua peringkat. Ke-8 Berbangga menjadi warga JUPEM dan sentiasa berusaha meninggikan martabat dan imej jabatan. Ke-9 Memberi perkhidmatan yang efisien dan berkualiti. Ke-10 Berusaha memastikan produk-produk jabatan adalah berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan. Ke-11 Sentiasa berwaspada dalam pengendalian maklumat tanpa membocori rahsia Negara kepada pihak yang tidak berhak menerimanya.
KUMPULAN PENGURUSAN
Sumber Dikemaskini : 01 Jun 2023
bottom of page